Ptg jumaat :)
Perasaan aku??
Takde ape pun.. ok je :)
Nak marah buat ape, dah aku yg bagi kek ni kat dia.
Asalnye nak bg dia tak kacau aku kemas rumah.
Tu bg dia makan kek ni. sebab dia mmg suka makan kek.
Kek nye habis, keje mak nye pun selesai.
Bila tgk dia mcm ni hilang letih kemas rumah. Gelak lagi ade, comel sangat kot.
Ajak je masuk toilet. jenuh jugak nak menyental minyak kek ni.
Settle tu dia mintak susu sambung golek2.
Kan aku dah cakap..dia ni budak yg senang. Ligat mmg ligat lah. normal lah kan budak, buat sepah tu biasa. Bak kata kawan aku anak 4 yang sulong dah tingkatan 4. Dia selalu pesan kalau kita susun mainan dan tak sampai 3 minit dia dah sepahkan balik itu budak normal, Tapi kalau dia tengok je mainan tu dan takkan usik langsung maknanya ada sesuatu yang tak kena. Dalam hal ini, aku bersyukur :)
Setakat ni, alhamdulillah dia sihat walafiat.
Ramai yg notice kot aku dah slow bento. memang pun. sebabnya kael dah ubah corak tido dia. Selalu dia bgn minum pukul 5.00 - 5.30 camtu. so pukul 6.00 aku boleh bangun bersiap dan prepare sebagainya lah.
Tp lately dia dah begayut pulakkkkkk -,-
Selalu xde pun dia begayut. even tido malam pun lepas menyusu dia lepas dan dia lelap. Eh, sekarang ni klu dia mintak pkul 4.00 lebih tu sampai 6.30 dia boleh santak begayut. asal kita nak lepaskan dia akan bangun dan tepuk2 bantal suruh mak nye baring balik dan setiap kali itu jugak la aku kelam kabut nak bersiap. Bento?? kadang klu sempat prepare aku tak sempat deco. tapau kan aje. klu tak pun mirzal akan belikan dia bihun.
Eh.byk pulak aku sembang pasal dia kan. Ntah. mungkin sebab dia dah byk akal, dah byk word, dah pandai ngadu klu kena marah so aku rasa sangat eksaited nak share semua perkembangan dia sekarang.
harap tidak bosan. ok, chow, ade 2 lagi entry aku nak up. kahkahkah!! harini keje sorang so dari aku terlelap baiklah aku isi kan masa.. Gitu tau alasannnnn :p
Oh, by the way,
jemput baca artikel bawah ni supaya kita sentiasa berlembut hati dengan anak-anak :)
-------------------------------
10 tanda-tanda yang menunjukkan anak anda itu seorang yang bijak :
1. Mengekalkan maklumat
Jika kanak-kanak biasa bagaikan ‘masuk telinga kiri, keluar telinga kanan’ apabila diajar. Anak anda boleh dikatakan bijak jika mereka mampu menyimpan maklumat dan boleh mengingatinya pada masa yang lain.
Minda kanak-kanak umpama span yang akan menyerap segala apa yang dilihat dan diajarkan kepadanya. Disebabkan itulah kita digalakkan mengajar anak-anak sejak dari usia kecil. Melentur buluh, biarlah dari rebungnya.
2. Minat yang meluas
Minda anak yang cerdas mungkin menunjukkan minatnya terhadap pelbagai topik di sekelilingnya. Bulan ini mungkin dia minat Dinasour, bulan depan pula angkasa lepas, bulan berikut pula topik yang lain dan begitulah seterusnya.
3. Membaca dan menulis di awal usia
Anak anda boleh dikatakan seorang yang bijak jika dia mampu membaca dan menulis di awal usia biar pun tidak melalui pengajaran yang formal.
4. Berbakat dalam seni muzik dan artistik
Kanak-kanak yang boleh memaparkan bakat luar biasa dalam muzik atau seni seringkali dianggap berbakat.
5. Menunjukkan konsentrasi
Kanak-kanak biasa tidak diketahui tahap konsentrasinya biar pun dalam tempoh panjang, sebaliknya kanak-kanak yang bijak ini sentiasa menunjukkan konsentrasinya terhadap sesuatu.
6. Mempunyai ingatan yang baik
Sama seperti tanda No 1, sesetengah kanak-kanak boleh mengingati perkara-perkara yang mereka lakukan sewaktu mereka masih kecil.
7. Susun kata yang maju berbanding usia
Kanak-kanak yang bijak berbicara ketika kecil jika kita sering berbual dengannya menggunakan ayat dan perbendaharaan kata sepertimana orang dewasa, akan cepat menyerap dan memahami apa yang dibualkan orang yang lebih dewasa.
Misalnya anak-anak berusia 2 tahun akan berkata ‘Itu kucing’, sebaliknya anak-anak bijak ini akan berkata ‘Itu Kucing yang garang yang suka membuat bising di rumah kami’. Berbeza bukan?
8. Memberi perhatian yang terperinci
Kanak-kanak yang berbakat ini dapat mengingati dan peka dengan keadaan di sekelilingnya. Misalnya mampu untuk menyimpan barang permainannya di tempat ianya diambil. Atau menyedari jika sesuatu barang kesukaannya itu berubah kedudukan dan sebagainya.
9. Bertindak sebagai pengkritik dirinya
Kanak-kanak di usia kecil tidak terlalu bimbang apa yang berlaku terhadap dirinya mahu pun orang lain, asalkan dia dapat apa yang dimahukannya. Sebaliknya kanak-kanak yang bijak akan bersikap berlawanan dan mengambil berat apa yang berlaku terhadap orang lain, tetapi apa yang lebih penting adalah dirinya.
10. Memahami konsep yang rumit
Kanak-kanak yang cerdas berkemampuan untuk memahami sesuatu perkara yang rumit, melihat hubung kait antaranya, dan berfikir secara abstrak.
Mereka juga dapat memahaminya secara mendalam dan berfikir tentang jalan penyelesaiannya.
p/s : Berbanggalah dengan anak-anak anda. Semua kanak-kanak adalah bijak, terpulang kepada kita sebagai ibu bapa untuk mencorakkannya.
Facebook : kiddoganic
Instagram : @kiddoganic
Instagram : @petiteoiler
Young Living Malaysia
Young Living Selangor
No comments:
Post a Comment