Alhamdulillah...
Tu je mommy mampu ucapkan utk awak sayang...
Membesar dengan sihat, bijak dan perkembangan yg cukup membanggakan :)
Muhammad Elman Mikhael, awak harta mommy dan ayah buat ketika ini, tiada yg lebih penting selain dapat membesarkan kamu dengan sempurna kerana kamu adalah Amanah Allah s.w.t utk kami jaga. kecuaian kami ke atas awak, akan menjadi sesalan yg tiada kesudahan.. maka, ketahuilah sayang... Mommy dan ayah sehabis baik akan cuba utk membesarkan kamu...
Muhammad Elman Mikhael... Andai 1 hari nanti awak berpeluang membaca setiap entry mommy tentang awak, ketahuilah sayang... mommy sangat sayang2 kan awak, ayah sangat pentingkan awak lebih dari segala yg dia ada di dunia. Awk anak yg bertuah, ramai yg memberi perhatian kat awak, Andai di beri peluang kepada awak sayang, ketahuilah.. ramai yg syg kan awak. Ramai yg mendoakan yg terbaik buat awak.
***************************************
Buat kenalan dan keluarga, terima kasih dia atas ucapan dan doa utk budak cendawan kesayangan kami. Semalam pre-celebration kat kepsi bertiga utk mencuba tiup2 lilin sebab harini dia ada celebration dengan kawan2 kat rumah umi liza, dan in shaa allah minggu depan celebrate dengan atuk nenek dan sepupu pulak. '
Kalau nak tengok hasil pre-celebration semalam sila lah ke IG mokcik ok??
huehuehue :D
Facebook : kiddoganic
Instagram : @kiddoganic
Instagram : @petiteoiler
Young Living Malaysia
Young Living Selangor
No comments:
Post a Comment