Alhamdulillah... Permulaan 2014 yg cukup baik :)
Bermula dengan opening vacation 2014 @ Port Dickson dengan family aku.
Our closing vacation 2013 adalah ke melaka dengan Family in law. [yg ni update kemudian sbb ceritanya panjang] apepun penutup dan pembukaan tahun yg sunguh Ohsem!
4 januari 2014
weekend gateaway
Blue Lagoon Port Dickson
Kemain apak nye pon. nak besuap segala :p
Bab mensuap2 ni si mirzal byk ajar aku. hehe. aku ni pemalas sikit memanja2. koser mak! Tp sejak kawen mirzal kengkadang sua mulut suruh suap klu tgh mkn, walaupun depan org. Memula dulu aku segan, kat kampung dia time tu. tp lama2 dah ok dah. nampak mcm annoying kan? Tapi pahala nye besar :)
Bukan lah perkara yg mudah membawak si bulat ni mandi laut. begaduh hoiiii..!! Dia suka air, dia suka mandi klu kat umah dalam besen sampai taknak keluar. Ni aku bwk kelaut dia tgk air kemain banyak, dengan ombak bagai member terus kecut perut. Ditambah nya pulak dia punyelah geli pijak pasir pantai! Ya allah.... susah kemain nak memujuk dia turun ke laut. menjerit2! Tu yg berkolam di tepi pantai mcm gambar atas tu. Bukan anak aku je yg kecut. si aqil anak ayu pun main tepi je, aina anak mam pun sama je takutnye. Keturunan sangat perangai korang kan?! Grrrrr >,<
ko tengoklah muka nya tu.
ini time ni dah ok sikit dah. aku dah bwk elok berendam sekali. mau pulak duduk dalam pelampung. kael dah rasa selesa dan selamat lah kot. Kalau tak tu kalau dibiarkan dia memanjat mau atas kepala duduknya. tak keruan!!
Ni time berenti makan. Nak ajak makan pon begaduh jugak ye utk makluman. Adoila anakkkkk....! Nak turun takut, dah turun dia taknak naik pulak dahhhh...! Jenuh memujuk nya naik makan. Lega jugak la sebab cuaca cantik, tak panas langsung. Kitorang kat laut sampai pukul 1 lebih jugak. Dah pukul 1 tu korang taulah air nye mcm mana kan? Surut nun jauh ke tengah. Memang malas sangatlah aku nak sampai ke sana. SI kael pulak mmg nak duduk dlm laut je kalau boleh. Agak payah situasi itu.
Selesai semua kami bergerak ke PD Perdana Condo. Akak awon aku yg sponsor. TQ sesangat! Conco 3 bilik 2 Bilik air ada kolam mandi lagi utk kids & adult. Aku nak review pepanjang pun tak reti sebab semuanya awon yg uruskan. Cuma apa yg aku boleh cerita dari luaran nampak mcm rumah condo tinggal. agak seram, interior 9/10. complete dengan astro, water heater katil, sofa dan sebagainya. Dari segi facilities mcm kolam renang .... ermmm... 5/10 aku bg sebab slide kat pool tu dah rosak dan berlubang. agak bahaya utk anak2 turun naik. tajam. Jarak dari pantai ok2 je. Tp condo ni takde direct access ke pantai. Kami kena naik kereta.
5 Januari 2014
Checkout
Jalan2 Sekitar Pantai Cahaya
Tu gaya si bulat amik gambar, Pantang suruh peace terus naik tgn nye gaya gitu :D
Gambar tak banyak sebab semuanya dalam DSLR abg ipar ku. Tak sempat copy lagi.
huhu
6 Januari 2014
Rezeki tahun baru
Dapat collaboration dengan Zalora dan Zalora offer RM 150 utk dihabiskan. Hari isnin terima bungkusan barangan yg telah dipilih. hoyey! suka sangat. yg ni aku review lain k :)
Alhamdulillah permulaan yg cukup baik, Syukur!
No comments:
Post a Comment