Wednesday, March 30, 2016

..::Review Lacte Duet Yang Super Best::..

kalau korang search pasal breastpump yang best banyak sangat result keluar reveiw tentang lacte. samada lacte duet atau lacte duet.

so, ni turn aku nak share dengan korang experience aku dengan lacte yang best!

Aku dah ada pengalaman dengan banyak breastpump. banyak!

Modu  -KCEWA TERUK
Spectra Dew -best tapi berat-
Spectra M1 - Ok, best. aku try mam punya-
Madela Harmony -agak perit sikit. aku try ayu punya-
Unimom Mezzo (manual) -Best!. aku dah bagi kat kak ipar-

percayalah.. lacte yang paling best! Aku tak try FS sebab rata2 yang pernah pakai spectra kata nya akan tak puas kalau pakai FS. akak aku pakai FS dia pon kata tak seberapa. jadi nya aku tak sampai seru la pon nak mencuba. hehehe

Untuk lacte ni korang boleh tengok video bawah ni. penerangan dan penjelasan tentang cara gunapakai lacte dan ape yang best.


Aku suka lacte due ni sebab dia Dual Motor. aku rasa Lacte duet ni breast pump pertama yang 2 motor.

Apa yang best tentang 2 motor??

Best la sebab kalau sebelah botol dah penuh tepi sebelah masih lagi tengah nak pam korang boleh off je yg sebelah dan letak tepi botol tu. Tak macam breast pump yang lain, sebelah tak suction yang sebelah pun tak boleh pam. or kalau nak pam sebelah je korang kena off tube. paham ke? aku rasa mak2 yang selalu pakai double pam mesti paham aku cakap ni. hehehe

Pastu lacte duet ni silicone shield dia best. lembut. suction pon macam baby.
ade 9 lavel. Favorite level aku antara 5-7 je.
tengok video tu sampai habis mesti korang paham aku cakap.
Aku suka dia ade stimulation button tu. memang 2-3 kali letdwon aku boleh rasa. puas!
hehehehe

Dari segi bunyi, lacte duet still ade bunyi tapi tak kuat sangat. aku pam kat meja kerja letak atas pangku office mate tak perasan pon aku tengah pam. agak senyap.

Dari segi harga untuk pam yang best gini bagi aku sangat Affordable. memang mampu milik sangat2.

Aku beli kat Fabulous Mom TTDI damansara
RM 479 + free gift

Kalau korang search IG #lacteduet memang banyak seller jual dengan macam2 harga dan offer so, rerajin lah survey. Aku terus pergi ke Fab Mom sebab pam spectra dew aku dah buat hal. aku pulak nak start keje lagi 3 hari. so, zasss! tak daya nak men'survey dan dan memang kebetulan Fab Mom tengah buat sales.



Yang ni aku pam guna USB cable. Cable ni boleh jugak guna untuk pam dengan power bank. Aku dah try. sama je suction nye. xde beza dengan guna direct plug.


Tengok, hasil tuaian pam guna USB cable sambung ke laptop. Mengepam sambil update blog masa ni. hehehe


Yang ni pulak semalam, lari kejap masa tengah kursus. Yang ni guna direct plug. See, aku cakap. sama je hasil suction nye. 

So, memang ok sangat. 
Guna plug OK, 
guna USB sambung ke laptok OK, 
Guna Powerbank pun OK

Kalau korang tanya aku, memang aku akan HIGHLY RECOMMENDED untuk PAM LACTE DUET ni. memang best sangat2. Ringan nak bawak kemana-mana.

.
.
.
.
.



Ni tengah berkira-kira untuk Freemie Pulak.


.

.
.
.
.

Ini perempuan ade 9 nafsu. Jangan pelik.

**********************************************************

Facebook : kiddoganic
Instagram : @kiddoganic
Instagram : @petiteoiler

Young Living Malaysia
Young Living Selangor

Friday, March 18, 2016

..::Melepas Rindu::..

Rindu blog! Rindu Blog! Rindu Blog!!!    

Tuan Blog rindu tak??
ahahahahaha. 


Jumaat, rehat panjang. boleh lah sembang lebih sikit.
Lately lesu, tapi xde lah teruk sangat cuma liat sikit nak bangun. Sampai mengadu kat mirzal pagi tadi, 

"Kenapa sekarang orang susah bangun tido ek? Dulu masa kael kecik, boleh je bangun, tido lewat. 1-2 pagi pon boleh je lelaju bangun. Ooooo... yela, dulu kael office depan mata je. 5minit dah sampai. 6.30 pun boleh bangun siap melenggang. Sekarang nak kena bangkit 5.30 pagi, tapi tido lewat macam mana nak celik kan?"

Ha, sendiri tanya sendiri jawab, mirzal sepatah tak menyahut. Xpe lah, kang kalau dia menjawab yang merapu lagi aku hangin. LOL 

Tapi lesu aku tu masa nak bangun je. Dah mandi semua elok segar dah. Kat office pun takde lah nak tidur pun. Segar je. Tapi tenghari memang aku paksa mata lelap sebab memang itu je masa yang aku ade untuk tidur lena tanpa gangguan. hehehehehe 

Tapi yang aku sedar kalau aku konsisten B-complex & Vitalea badan memang segar. Pernah aku terlupa makan dalam 3-5 hari cenggitu la kot, memang rasa letih tu masyaAllah sangat. tak boleh nak bukak mata. kat dapur pun aku boleh baring sebab memang tak tahan penat, kat office lagi lah tesengguk2. nasib baik lah office mate ok. lelap jugak lah sekejap bagi hilang ngantuk. keje aku kat office ni tak boleh buat dalam keadaan ngantuk. Haru nanti. So, senior cakap lelap dulu kejap pastu sambung. Thank god!! 

Bukan kata nak ajar badan ni kena bergantng dengan supplemen, TAK. supplemen kan untuk menyokong kesihatan badan. Jadi, kalau dah letih x cukup rehat tu semua lah boleh senang untuk kita dapat sakit. So, prevent!  


Abg Mika ni dah banyak yang mommy boleh harapkan, sejak ada adik Hanan memang dia sangat membantu. terutama yang berkaitan dengan adik. Dulu takde mau nya dia sandang beg, balik taska pun aku lah jugak yang pegangkan. cukup dia malas suruh bawak beg. Haritu pegi AEON mintak tolong dia bawak beg thomas dia. Pesan yang dalam tu ada baju dengan CD adik. Teru dia jawab... "ok.. aek bawak"
   


Ni hari Rabu, mirzal outstation ke kedah. Kael memang boleh harap. Dari taska dia tolak buggy yang penuh dengan beg2 taska, siap loading masuk dalam kereta. Aku tolong kemas buggy je. Dah sampai rumah pun dia tolong loading keluar pulak dan terus tolak sampai masuk lif keluar lif,sampai depan rumah. Lucky me! kael memang mudah dijaga dari kecik. Minus all the sakit2 yang setahun ntah berapa kali kena tu  



Adik Kuiih (kael panggil) dengan pencapaian yang tak seberapa.. Berat montot tau budak kecik ni. geram mommy!!! Dah nak masuk 4 bulan mengiring pon malas. pakat lambat lah meniarap budak kojek ni. Nak mengiring sampai jejes2 air liur. ape teruk sangat ntah  

Alhamdulillah sihat walafiat anak2 mommy. Moga terus diberikan kesihatan yang baik. Aku, masih lagi ber'CD untuk Hanan Mukhriz. Sama macam kael dulu. Dan, Mirzal pon sangat helpful dalam menguruskan rumah tangga. Tapi tula..... baik aku, baik mirzal... Nak membasuh baju berbakul2 pon memang takde hal. ok je nak kutip sana sini kain kotor dan cuci. Tapi bab nak melipat nya tu memang Astaghfirullahal'azim sikit lah.     


**********************************************************

Facebook : kiddoganic
Instagram : @kiddoganic
Instagram : @petiteoiler

Young Living Malaysia
Young Living Selangor

Tuesday, March 15, 2016

..::Tak Terkejar::..

Life macam baru di reset semula. macam2 nak kena setup. Yelah, bila ade baby baru banyak benda berubah kan. kalau kata masa 1st baby life berubah 360° ni anak dua 720° ke camne?? ahahahaha. mengarut. tak lah, gitu la umpama nya kan. hidup berubah dan terus berubah.

Banyak yang kelaut. terutama blog. aku rindu blog. tersangat rindu!! ni pon update pakai phone je sesambil ngepam. nak bukak laptop kat rumah memang takkan sempat. kalau bukak pon kael sah standby tepi meja nak layan ultraman lah, abc songs lah, sudah nya #makkauhijau 😡

Banyak nye yg aku nak sembang tapi memang tak jumpa masa. kat office memang aku takkan bukak lah. 9bulan pregnant aku tak buat kerja dengan sempurna, cuti pulak 3 bulan, masa ni lah aku nak pulun balik semuanya. pastu balik rumah sah2 la aku nak fokus dengan anak2. Takkan aku nak hadap phone or laptop lagi?? cukup lah 8-9 jam diorang menumpang manja dgn aunty2 kat taska, bila dah jumpa mommy sakan lah berpeluk, bersembang dan bergaduh 😂

Masa nak bersenang kat rumah memang xde. rutin aku sampai je rumah, solat asar, mandi dan terus kemas susu, basuh botol, sterelize apa2 yang patut, basuh baju bebudak or baju2 kitorang, sesambil jalan mesin aku masak ape yg boleh sementara mirzal layan anak2. lepas maghrib kemas baju2 utk taska pulak, gosok baju dan tudung bagai, layan bebudak lagi, nak makan lah, kael lagi nak makan, kemas rumah sikit2, sapu, kadang kalau adik tidur awal mirzal akan take over kerja2 kemas and sapu rumah.

Aku memang pesen membasuh hari2. Harini baju anak2, esok baju kami. gitu lah berikutnya. Hanan kan pakai CD so memang aku disiplin diri untuk basuh hari2. Tapi aku bukan lah sempurna. sehari dua aku ngelat jugak suruh mirzal tapau makanan, tak pun ajak mirzal makan luar. Tak cukup hebat nak repeat rutin yang sama. hehe

Banyak nak cerita sebenarnye. Nak review lacte duet yang best, nak sembang pasal rezeki susu badan yang melimpah ruah, alhamdulillah, nak cerita pasal weekend bawak kael tgk movie boboiboy, eh. banyak lagi sebenarnya.

ok lah, end of 20min mengepam. susu pun dah penuh 2 botol. alhamdulillah.. nanti kita sembang lagi.

Monday, March 7, 2016

..::3M yang paling penting::..



Anak2... tak banyak yang mommy harapkan. Moga kalian membesar menjadi anak yang baik, hormat orang tua, menyayangi dan disayangi oleh org keliling.

Dan yang paling penting, kalian berjaya dunia dan akhirat.

Maaf, mungkin ada khilaf mommy dalam membesarkan kalian pada hari lepas, semasa mahu pun akan datang. Tapi percayalah, mommy sentiasa doa yang terbaik untuk kalian yg mommy sayang...

Janji Allah, Doa Ibu tiada hijab nya bukan??

Untuk Mikhael, mommy sentiasa doa awak diberi kesihatan yang baik dan berpanjangan... Tetapi... besar mana lah kuasa doa mommy nak dibandingkan dengan Kuasa Allah??

Jujur mommy cakap, mommy boleh terima dan kuat atas apa sahaja bentuk ujian dari allah, tetapi mommy cukup kalah sekiranya mommy di uji allah dengan kesihatan awak.

Moga sentiasa sihat sayang. Moga allah sentiasa memberikan kesihatan yang baik untuk anak2 mommy dan juga ayah..

Mirzal - Mikhael - Mukhriz
kalian adalah hadiah yang paling berharga dari allah buat seorang yang bernama Intan Baizura.

Assalamualaikum..